|
Sudah 8 tahun saya mengidap
kencing manis (DM Type II). Bacaan kandungan gula dalam
darah saya sering berubah-ubah antara 18-20mmol/l. Saya
berubah dari mengambili ½ biji ubat sehari kepada 6 biji
sehari.
Pada
September 2007, saya mengalami sedikit luka kecil pada
ibu jari kaki kanan. Saya hanya memandang remeh tentang
masalah ini dan ia menjadi serius sehingga saya mendapatkan
rawatan di klinik berhampiran. Saya terkejut, apabila
doktor menasihati agar membuang
ibu jari kaki kanan saya kerana luka tersebut
menjadi kehitam-hitaman kerana sel-sel pada ibu jari kaki
telah mati dan untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak
ke tempat lain atau ke dalam darah saya. Saya mula takut
dan sedih memikirkan yang ibu jari kaki saya terpaksa
dibuang.
Di kemuncak kerunsingan saya, teman saya menyarankan saya
untuk mencuba Jus Manggis asli sebelum membuat keputusan
untuk pembedahan. Walaupun agak ragu-ragu dan kurang yakin
terhadap khasiatJjus ini, saya tetap mencubanya dengan
hanya meminum 30ml, 3 kali sehari
|